Monday, February 20, 2012
E-Day Journey #1
Disebabkan saya mahukan satu majlis pertunangan yang sederhana dan cute jadi kad yang dicetak juga haruslah simple dan cute. Ok kad dah settle.
Mungkin ada yang tertanya kenapa bertunang pun nak ada kad bagai? Bukan tempah banyak pun cik adik, 100 keping je. Untuk rakan taulan dan saya mahu setiap detik perjalanan kami ke gerbang perkahwinan penuh memori manis. Bukankah kad adalah satu bukti visual yang sesuai? :)
Saturday, February 18, 2012
Fanpage Blog Lynn Rahman
Memang lah tak gah macam blog korang. Tapi kalau korang like korang memang K-Pop. Derh -.-"
Atau kalau nak get in personal boleh subscribe personal facebook saya :
Tuesday, February 14, 2012
Part 1 : Rahsia mata besar, cantik dan menawan
Jangan gelakkan, title post memang macam iklan cliche Sendayu Tinggi -.-
Part 1 ini akan saya terangkan tiga point dan lagi dua point dalam Part 2 nanti ye :)
Disebabkan ramai juga yang tanya saya bagaimana saya boleh mendapatkan mata besar tanpa perlu menggunakan bulu mata palsu.
1. Mungkin saya memang dilahirkan dengan keluarga yang dikurniakan Allah s.w.t mata yang lebar. Bagaimana pun hanya sesetengah antara kami yang mempunyai bulu mata panjang dan lentik. Contohnya saya mungkin mempunyai bulu mata lebat tetapi tidak lentik. Saya tidak terlalu prefer menggunakan maskara tetapi saya hanya penggunakan pengepit bulu mata. Tapi jika anda mahukan effect yang baik, maskara boleh membantu. Tips memilih maskara mudah, perhatikan berusnya. Maskara dari Maybelline adalah pilihan saya kerana Maybelline adalah expert dalam penghasilan maskara. Tak silap saya bahan utamanya adalah Vaselline iaitu petrolium asli dan juga arang.
2. Penggunaan eyeliner. Saya dan eyeliner tidak dapat dipisahkan. Saya mempunyai masalah kelopak mata yang terlalu ke dalam jadi jika ada majlis-majlis besar sahaja saya akan menggunakan eye shadow. Itu akan saya ceritakan dalam point seterusnya. Garis lukisan eyeliner tidak boleh terlalu tebal. Ini adalah amaran keras untuk semua gadis-gadis. Satu garisan sederhana di atas kelopak mata atas sudah memadai. Sesetengah orang tidak pandai menggunakan eyeliner jenis liquid, jangan risau anda boleh menggunakan jenis pensil.
Untuk saya, saya akan menggunakan eyeliner pensil di bahagian kelopak mata atas untuk sehari-hari tetapi jika ada majlis-majlis tertentu, saya lebih gemar menggunakan eyeliner jenis liquid untuk bahagian kelopak atas dan eyeliner pensil untuk bahagian bawah. Saya menggunakan MAC liquid eyeliner dan Elianto atau Silkygirl pensil eyeliner.

Anak saudara saya, Yaya ♥
Anak saudara saya, Mia ♥

Maybelline mascara & Elianto's eyeliner. Perfect combination <3
3. Penggunaan eyeshadow. Bagi yang sedia maklum, kakak sulung saya adalah jurumekap part time. Jadi tips penggunaan eyeshadow ini adalah dari beliau. Saya bukanlah penggemar eyeshadow kerana seperi apa yang saya katakan tadi, saya mempunyai masalah kelopak mata yang ke dalam jadi jika tidak kena cara yang betul menggunakan eyeshadow adalah useless.
Eye shape chart, take note girls. Mata saya adalah deep set eyes :)
Teknik menggunakan eyeshadow secara minimal adalah seperti dalam rajah di bawah :
Pemilihan warna eyeshadow juga adalah sangat penting. Jika anda mahukan mata besar, penggunaan warna gelap adalah sangat digalakkan. Saya terlalu sukakan teknik smooky eyes yang mana selepas menggunakan highlight di sekeliling kelopak mata, saya akan apply warna hitam, hijau lumut atau ungu gelap menggunakan teknik seperti rajah di atas.
Dua pallete eyeshadow kepunyaan saya. Pallete yang belakang saya khaskan untuk smooky eyes.
Ok sambung part 2 nanti ye :)
Wednesday, February 8, 2012
Bukan puisi tepi jalan ritma A.
Selamat datang dalam hidup saya
Selamat datang dalam hidup keluarga saya
Kita tak pernah rancang ini semua
Semua ni datang dengan tiba-tiba
Tapi family awak datang risik saya
Siap bawa cincin sampai dua
Saya tahu awak beli dapat satu percuma :)
Nanti ada cincin baru di jari saya
Cincin yang kita pilih sama-sama
Cincin yang kita pilih waktu kedai tak ada customer
Awak book satu kedai, jangan ada yang masuk sama
Untuk saya pilih cincin mana yang saya suka
Awak kawan baik saya
Susah senang sedih tawa awak ada sama-sama
Meski awak di sana dan saya jauh di utara
Terima kasih ye untuk segalanya
Awak bakal tunang saya
Sebulan lebih lagi masanya akan tiba
Harap-harap semuanya lancar tanpa ada cacat cela
Sebab ini langkah pertama kita, sebelum hidup bersama
Saya rindu awak bakal tunang
Saya sayang awak bakal tunang
Saya tepek muka awak satu dan berbanggalah
Sebab awak satu-satunya lelaki dalam blog saya
Dalam hidup saya juga :)

Fadil Samah, ai lebiu ♥
Friday, August 19, 2011
Ramadhan di sekolah.
Tahun 2004
Dekat Klang ni memang banyak sekolah yang satu gender. Termasuk sekolah aku, Convent. Semua perempuan. Zaman sekolah ada satu tradisi, budak Convent mesti kapel sama budak STK (High School Klang). Budak MGS mesti kapel dengan ACS. Budak RZ (Raja Zarina) mesti kapel dengan La Salle. Budak sekolah pompuan Bukit Kuda tak laku sebab diorang punya uniform sekolah lawak (-_-)
Dulu masa sekolah, aku macam nerd. Macam cilaka spek sikit punya tebal, badan gemuk. Lepas tu hitam sebab masuk kawad. Ah sampai ke sudah hitamnya.
Kapel-kapel belum ada dalam kamus hidup aku masa zaman sekolah sebab mama sikit punya anti kalau tau aku main-main. Aku dihantar masuk tuisyen nama Era Tinta dekat atas Kedai Kasut Bata tengah bandar Klang. Kelas Add Math aku kenal satu student STK, nama dia Azam (bukan nama sebenar)
Aku dulu kaya. Form 4 dah pakai henfon baterflai. Hadiah masa PMR yang tak seberapa. Kawan-kawan tinggal beli simkad lepas tu pinjam henfon aku buat mesej boifren memasing. Tapi satu hari aku kelas sama Azam.
"Omaigod, macam Adam AF!" Jerit aku dalam hati. Zaman tu Adam AF memang mencanak-canak femes.
Azam memang best. Dia pegang buku tuisyen rapat ke dada gaya nerd-nerd. Kalau dalam kelas, semua orang berebut duduk depan sebab boleh balik awal. Alkisah Azam duduk sebelah aku.
Oh lupa,time tu bulan puasa.
Azam senyum. Aku senyum.
"Convent kan?" Aku angguk-angguk blushing.
Dia hulur tangan mahu salam.
Aku pandang sinis lalu kata "Sekarang bulan puasa. Tak boleh, haram." Jawapan pun macam haram.
Hana (bukan nama sebenar) duduk sebelah kanan aku menyampuk. "Haram tu babi sama anjing. Salam je bukan kena samak."
Waktu tu aku dah confius, ini Hana ke syaiton!
p/s : Dengar-dengar Azam dah nak kahwin. Semoga berbahagia lah.

Thursday, August 18, 2011
Menempah tiket ke neraka.
Bulan puasa ni trend semua orang sedang tulis entri cliche - Diari Ramadhan Saya.
Tapi saya decide untuk cerita tentang pengalaman kawan-kawan semasa bulan puasa. Kisah mereka memang menyayat hati. Saya syak boleh meleleh juga air mata.
Cerita ini sudah lama sebenarnya.Semalam, disebabkan aku berpuasa dan aku selalu tengok jam, masa menjadi makin lambat. A watched kettle doesn't boil, kata mat salleh. Tapi itu tak penting.
Ok, 3 hari lepas aku balik kampung. Naik bas. Biasa la, naik bas aku terus tidur.Kroihh..Aku sedar, bas sudah berhenti. Dalam pukul 1.30 pagi. Aku turun, ada restoran dan tandas. Aku tak lapar jadi aku tak makan. Aku berak sikit dan aku naik bas. Aku terperasan, rupa-rupanya seat belakang aku ada orang gila. Pakai seluar pendek dan pakai singlet. Kuku dan rambut panjang. Bau macam tenggiling. Serius. Aku cuma harap dia tak bertindak luar kawalan.
Aku cuba untuk tidur lagi tapi tak berjaya.
Pukul 3.27 pagi -Bas berhenti lagi, ada orang nak turun. Orang gila belakang aku pun turun. Dia rush, macam nak cepat. Alhamdulillah.(aku tak cakap pun sebenarnya).
Pukul 3.35 pagi -Orang gila naik bas balik dan ada satu bau seperti bau tahi. Bau yang membuak buak. Semua orang dalam bas tutup hidung. Sumpah aku tak tipu. Dia turun pergi berak rupanya. Kat kawasan bas berhenti tu memang tiada tandas dan aku rasa dia berak tepi jalan. Tak pun dalam longkang. Dan tak basuh. What the fuck!(memang aku cakap). Tapi aku cuba berfikir secara optimis. Aku kata dalam hati,"Orang gila,biasa la.Orang gila,biasa la.Orang gila,biasa la."
Sampai pukul 6 pagi aku menghidu bau itu .Bau yang mengkhayalkan. Sesekali aku toleh ke belakang dan berharap agar tahi itu cepat kering. Agar hilang bau itu.
Sampai Kangar, beliau turun dengan bangganya. Dia kata terima kasih kat driver bas. Dia keluarkan henset dari beg dan telefon seseorang. Bercakap seperti manusia normal.
Celaka!Kau tak gila.
Manusia normal, memang kau tempah tiket ke neraka!

Subscribe to:
Posts (Atom)